
Istimewa pada bulan Ramadan tahun ini 2022/1443, saya nak ajak anda sama-sama jayakan Misi #MemaknakanRamadan tahun ini.
Sedekah sebanyak termampu, beramal sehabis baik, tuntut sebanyaknya ilmu, dekatkan diri dengan al-Quran dan sebarkan kebaikan.
Pihak Pertubuhan Tentang Kita telah mengumpulkan beberapa projek untuk diusahakan. Platform ini juga disediakan secara percuma untuk memastikan projek ini dapat dijalankan menerusi sumbangan anda semua.
Anda hanya perlu scroll ke bawah untuk memilih projek yang ingin anda hulurkan sumbangan dan jayakan Misi #MemaknakanRamadan.