-
Berdoa sebagai amalan self-reflection yang menyembuhkan
Salam semua! Macam mana dengan minggu ni? Moga baik-baik sahaja harapnya.
Kak Sha yakin, dalam life kita semua mesti ada banyak sangat distraction kan? Bila nak buat kerja atau assignment, eh tiba-tiba terskrol Instagram lah, TikTok lah, Facebook lah, aduhai.
Kita pun secara tak sengaja, dah terleka pula untuk buat tugasan hakiki. Benda ni mengganggu tahap produktiviti kita kadang-kadang. Maka, badan dan juga mental kita perlukan rehat dengan cara detoks jasmani dan rohani.
Disebabkan bulan Ramadan pun dah tak lama lagi, kita semua mesti pernah terdengar orang kata, “jangan main-main dengan doa orang yang sedang berpuasa, sebab doanya mustajab” kan?
Sebenarnya memang betul dan Kak Sha nak share dengan korang satu hadis sahih tentang doa orang berpuasa itu mustajab.
Hadis tentang doa
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi” [Riwayat Ibn Majah]
Tapi bukanlah dalam bulan Ramadan sahaja doa kita akan jadi mustajab, tapi di hari-hari biasa juga boleh selagi mana kita ikhlas dan yakin yang Allah akan perkenankan doa kita itu.
By the way, korang tahu tak yang berdoa ni adalah satu habit yang sihat untuk mental kita? Sebabnya, amalan berdoa boleh dikaitkan sebagai amalan self-reflection yang menyembuhkan tau.
Kenapa Kak Sha kata macam tu? Sebab berdoa itu bukan hanya sekadar meminta, tapi mengadu, meluah dan bercerita.
Berdoa untuk mengadu
Cuba korang ingat balik bila kali terakhir korang mengadu pada pasangan korang? Atau yang masih bujang, bila kali terakhir korang meluah atau bercerita dekat kawan baik?
Macam mana korang rasa selepas tu? Feeling better tak? Walaupun mungkin tak selalunya kita dapat solusi, tapi sekurang-kurangnya beban yang kita pikul mula terasa ringan dan fikiran kita juga jadi lebih lapang.
Kak Sha nak cerita sikit tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW ketika dapat wahyu, Kak Sha nak kita sama-sama ingat semula perjalanan Baginda berada di Gua Hira’.
Ada benda yang kita boleh belajar daripada kisah perjalanan Baginda which is Baginda bagi masa pada diri sendiri untuk reflek semula apa yang Baginda fikirkan, cakapkan dan rasakan.
Perjalanan Baginda ini juga sebenarnya sedang beritahu kepada kita bahawa Baginda mengakui, membenarkan dan meraikan emosi, fikiran dan perasaan Baginda waktu itu.
Dan sewaktu wahyu pertama turun menerusi malaikat Jibril, kita semua tahu betapa Baginda sangat terkejut dan takut dengan apa yang terjadi kerana itu terjadi buat pertama kali dan itu bukan satu kebiasaan.
Jadi masa dalam keadaan macam tu, Baginda cepat-cepat pergi kepada isteri Baginda, Saidatina Khadijah untuk cerita apa yang jadi. Waktu itu, Saidatina Khadijah adalah orang pertama yang percaya dan menyokong perjuangan dakwah Baginda SAW.
it’s okay to seek help
Jadi daripada peristiwa ini sebenarnya juga nak ingatkan kepada kita untuk it’s okay to seek help, it’s okay to share our story dan buatlah refleksi diri supaya kita dapat belajar untuk sedar diri, sedar apa kekurangan dan kelebihan diri yang Tuhan dah berikan kepada kita selama ini.
Sekarang Kak Sha nak kongsi antara tatacara terbaik untuk healing adalah dengan membuat self-reflection melalui perbuatan berdoa. Tapi sebelum tu, Kak Sha nak jelaskan dulu apa itu self-reflection.
Self-reflection sangat luas tapi untuk secara mudahnya, ia tentang sebuah latihan kita menilai semula pemikiran, perasaan, emosi, kelakuan, peribadi, personaliti, karakter dan termasuklah juga penampilan kita.
Ibarat kita tengok diri kita sendiri di depan cermin. Tapi kita tak menghukum diri kita tau. Ini satu benda yang kita perlu alert sebab ramai orang cuba buat self-reflection tapi akhirnya terjebak dengan menghukum diri sendiri. Kesannya, self-esteem kita jadi rendah.
Self-reflection yang betul dan sihat adalah bila kita mampu memaafkan diri sendiri, berlembut dengan diri sendiri dan kita beri peluang kepada diri untuk baiki apa yang perlu.
manfaat self-reflection
Ini antara sebab kenapa kita kena buat self-reflection.
- To take a break
- Tengok semula apa yang dah dicapai
- Meraikan pencapaian yang kecil dan besar
- Belajar daripada kesilapan lalu
- Semak semula arah tuju hidup
Tadi Kak Sha ada kata yang berdoa adalah amalan self-reflection yang menyembuhkan bukan? Sememangnya benarrrr!
Sebab kalau kita perasan, berdoa adalah satu keadaan di mana kita buka topeng kita di depan Tuhan. Di depan Tuhanlah kita akur yang kita adalah manusia yang sangat lemah, sangat tak berdaya, sangat memerlukan bantuan, sangat faqir dan sangat merendah diri.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah melampaui batas, kita jadi lupa diri, jadi hilang arah dan kita lupa nak hargai diri sendiri.
Entah mungkin sebab kita terlalu mencuba untuk puaskan hati orang sekeliling kita atau kita sibuk kejarkan benda yang sebenarnya kita tak perlukan pun.
Maka secara perlahan-lahan, kita mula hilang diri kita dan lebih menakutkan bila kita hilang Tuhan.
Sebab Tuhan tahu kita ni akan selalu terlupa dan tersesatlah, Dia sediakan tempat, ruang dan peluang untuk kita berdoa. Dia tahu kita akan sangat-sangat perlukan Dia.
Soalan untuk kita self-reflect
Sangat menarik juga Kak Sha rasa bila kita menetapkan ruang untuk self-reflection sebab latihan ni akan bagi kesan yang baik kepada kesihatan mental dan emosi kita.
Macam mana tu?
Dari segi mental, kita boleh cuba untuk jawab beberapa jenis soalan yang ada contohnya:
- Siapa diri aku yang sebenar?
- Apa yang aku suka dalam diri aku?
- Kenapa Tuhan ciptakan aku?
- Apa yang paling bermakna sekali dalam hidup aku?
Tapi kalau untuk emosi, boleh cuba tanya soalan ini:
- Apa yang aku rasa hari ini?
- Kenapa aku rasa sedih tiba-tiba?
- Kenapa aku mudah sangat marah?
- Apa yang aku boleh buat bila stres?
Semua soalan ni nampak simple kan? Tapi kesannya sangat lumayan! Sebab kita sedang berproses dalam menyembuhkan diri kita, dalam proses sayangi dan cintai diri kita.
Kita akan jadi seseorang yang lebih peka terhadap diri sendiri dan self-awareness kita juga akan meningkat bila kita praktikkan self-reflection dalam hidup seharian. Kak Sha tahu, masih ramai lagi yang tak tahu siapa dirinya yang sebenar, maish tercari-cari laluan hidup.
Mungkin inilah petandanya untuk kita mulakan perjalanan teroka diri. Inilah waktunya untuk kita lebih kenal siapa Pencipta kita dan siapa diri kita.
Bila kita dah jawab semua soalan tadi, kita akan nampak apa kelemahan kita, apa kelebihan kita, di mana kita perlu baiki dan akhrinya nanti, kita tidak akan lagi dilukai atau melukai sebab kita dah jadi diri kita yang lebih baik dari yang sebelum ni.
Jadi, berdoalah dalam keadaan kita mengaku segala kelemahan dan kesilapan kita. Mintalah sebanyak-banyaknya untuk disembuhkan dan berusahalah untuk apa yang kita impikan. Tuhan akan sentiasa tunjukkan jalan.
-
Bagaimana Kita Boleh Belajar untuk Take A Pause dari Amalan Berpuasa?
jeda adalah satu praktis di mana kita belajar untuk berehat daripada buat segala perkara, praktis untuk ambil nafas sedalam-dalamnya (deep breathing) dan beri ruang kepada diri sendiri.
— Kak Sha, Tentang KitaHai semua, saya Kak Sha, penulis di blog Tentang Kita.
Untuk hari ini, Kak Sha nak kongsi tentang jeda. Ada ramai lagi ke yang tak pernah dengar perkataan jeda ni? Okey kalau masih ada yang belum pernah dengar, perkataan jeda ni sebenarnya bermaksud berhenti sebentar atau orang putih kata, take a pause.
Dari segi makna, begitulah maksudnya, tapi dari segi praktikalnya pula jeda adalah satu praktis di mana kita belajar untuk berehat daripada buat segala perkara, praktis untuk ambil nafas sedalam-dalamnya (deep breathing) dan beri ruang kepada diri sendiri.
Mengambil jeda untuk kesihatan mental
Mengambil jeda sangat-sangat penting untuk kesihatan mental kita semua.
Kak Sha nak kongsikan cara untuk tahu bila kita perlu ambil jeda.
- Emosi kita mudah terganggu walau dengan perkara kecil
- Kita mudah sangat terlupa tarikh-tarikh penting atau tugasan
- Sistem pencernaan kita mula terganggu seperti mudah terkena gastrik
- Badan rasa lesu sepanjang masa
- Rasa badan tiada tenaga walau dah dapatkan tidur yang cukup
- Kerap makan makanan ringan atau kerap meminum alkohol
- Hubungan sosial semakin teruk
- Mengalami mati rasa secara emosi
- Tekanan darah jadi meningkat
- Rasa tertekan dengan suasana, orang sekeliling dan persekitaran
Sebenarnya ada banyak perkara nak disenaraikan tapi yang paling senang sekali adalah bila diri kita mula sedar yang tubuh badan fizikal dan mental kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Itu sahaja dah cukup untuk kita mula bertindak dan mengambil jeda yang sebentar.
Jangan rasa bersalah untuk berehat, take a pause
Kak Sha tahu ramai sangat di kalangan kita yang rasa bersalah untuk berehat, untuk take a pause.
Ada yang rasa macam buang masa, melambatkan lagi proses kerja dan sebagainya. Cuma apa gunanya kan kalau kita terus buat kerja kita, terus jalani rutin harian kita tapi dalam keadaan kita tidak sepenuhnya dapat berfungsi secara maksimal. Orang kata, macam mayat hidup haha.
Maka, tak apa untuk berehat seketika dan tak apa untuk sesekali pentingkan diri sendiri.
By the way, ada satu kajian yang dijalankan oleh Korpela, Kinnunen, Geurts, de Bloom dan Sianoja (2016). Mereka kata, kalau kita ambil masa untuk berehat sekejap, ia dapat bantu kita untuk fokus semula, beri kita kelegaan dan tingkatkan lagi produktiviti kita.
Jeda juga sebenarnya melatih kita untuk mindfulness.
Sabar kejap, jangan pening kepala. Biar Kak Sha bagitahu pula apa itu mindfulness.
Secara ringkasnya, mindfulness adalah praktis untuk beri kesedaran penuh bila kita buat sesuatu benda.
Contohnya, bila kita buat air kopi. Kita bukan sahaja sekadar buat tapi kita peka pada deria yang ada, kita dapat hidu aroma kopi dan kita dapat rasakan hangatnya cawan di tangan. Semua ini adalah bentuk praktis untuk jadi mindfulness.
Jadi, jeda adalah satu praktis yang kita perlu biasakan. Kerana dengan mengambil jeda, kita akan lebih menghargai setiap momen yang kita lalui, lebih memaknai setiap progres yang kita kecapi dan lebih buatkan kita hidup dengan tenang.
Dan untuk belajar mengambil jeda, kita harus belajar menahan diri daripada banyak perkara contohnya dalam kita berpuasa, kita sedang belajar untuk menahan nafsu makan, nafsu marah, nafsu membuat perkara yang tidak berfaedah dan juga termasuklah menahan diri daripada melayan perasaan serta fikiran yang melemahkan.
Hari tu, Kak Sha ada terjumpa satu artikel akademik yang mengkaji tentang kesan berpuasa di bulan Ramadhan terhadap kesihatan mental. Menarik pula dapatan kajian tu.
Dalam kajian tu didapati berpuasa dapat melatih diri kita untuk berdisiplin dan juga dari sudut pandangan Islam sendiri, berpuasa dapat tingkatkan kesihatan fizikal dan juga mental seseorang.
Fuh!
Rupa-rupanya, ada kajian yang beritahu bahawa amalan berpuasa di bulan Ramadhan dapat kurangkan tahap anxiety, stres dan juga depresi seseorang.
Maka tak hairanlah kalau sekarang ini, di negara barat mereka mengambil amalan puasa ini untuk pelbagai tujuan. Mereka jadikan berpuasa untuk kembalikan mental yang sihat, kehidupan yang lebih sejahtera, kualiti hidup yang baik, diet yang berkesan dan juga untuk tingkatkan perkembangan psikologi.
Satu lagi yang Kak Sha perasan, kalau bulan puasa kita mesti bangun awal pagi untuk bersahur bukan?
Dan perasan tak kalau waktu sahur adalah waktu yang nyaman dan tenang?
Mungkin satu benda yang boleh kita belajar dekat sini adalah tentang waktu untuk bersendiri. Dalam sehari, kita mungkin dah terlalu banyak masa yang diluangkan bersama orang tersayang, rakan-rakan dan juga orang luar. Sehinggakan, kita tiada masa untuk diri sendiri.
Jadi, Kak Sha rasa untuk Ramadhan kali ini, why not untuk kita asingkan sedikit masa buat diri sendiri. Ini pun dah dikatakan sebagai praktis mengambil jeda atau being mindfulness.
Masa yang ada tu nanti, kita boleh isikan dengan beberapa aktivti untuk healing dan refleksi diri dengan tulis jurnal, tulis diari, tadabbur ayat-ayat al-Quran, membaca dan sebagainya.
Kak Sha sendiri pernah cuba beberapa kali untuk menulis jurnal di waktu awal pagi, sebelum subuh. Kesannya, hari tersebut terasa ringan dan senang untuk dilalui.
Fikiran juga jadi lebih terarah dan emosi jadi terkawal.
Kak Sha tak konsisten buat semua ni pada mulanya, tapi lihatlah kesannya walau tidak konsisten. Bayangkan kalau Kak Sha konsisten buat?
Maka, waktu sahur juga sebenarnya sesuai untuk kita gunakan sebagai ruang berehat buat diri sendiri.
Artikel dari Kak Sha, tim Tentang Kita. Bantu selamatkan pesakit mental dengan mendanai kos rawatan mereka di sini
Sumber:
Berthelot, E., Etchecopar-Etchart, D., Thellier, D., Lancon, C., Boyer, L., & Fond, G. (2021). Fasting Interventions for Stress, Anxiety and Depressive Symptoms: A Systematic Review and Meta-Analysis. Nutrients, 13(11), 3947. https://doi.org/10.3390/nu13113947
Korpela K, Kinnunen U, Geurts S, de Bloom J, Sianoja M. Recovery during Lunch Breaks: Testing Long-Term Relations with Energy Levels at Work. Scand J Work Organ Psychol. 2016.
-
Terimalah Luka Sedalam Apapun Ia — Farhah Anuar
… untuk sembuh dari luka yang lalu, segalanya perlu bermula dengan menerima apa yang telah terjadi tanpa menyalahkan sesiapa pun dan tanpa ‘tapi’.
Farhah anuarPernah tak ada perkara yang membuatkan kamu terluka? Mungkin ketika kamu masih kecil atau ketika sekarang ini, kamu pernah terluka kerana kata-kata dan perbuatan orang tuamu, atau mungkin oleh teman-temanmu dan atau mungkin orang sekelilingmu.
Entah mungkin itu semua dilakukan secara sengaja atau tidak, tetapi jelasnya kamu merasa terluka dengan semua itu.
Disebabkan itu, kamu mula menjauh dengan mereka. Mula memasang pagar yang berduri dan tembok yang tinggi.
Kamu sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kamu tidak merasa terluka lagi. Inilah yang dipanggil sebagai ‘boundaries’ atau jarak yang kamu sendiri cipta untuk melindungi diri kamu daripada terluka lagi.
Tetapi kamu terlupa untuk melakukan satu lagi perkara selain mencipta jarak, iaitu menerima luka tersebut kemudian menikmatinya secara perlahan-lahan.
Saya percaya yang langkah pertama untuk kita sembuh adalah bermula dengan kita belajar untuk menerima luka tersebut tanpa ‘tapi’.
“Aku tahu aku yang salah tapi dia sepatutnya..”
“Aku dah buat yang terbaik untuk dia tapi…”
“Aku boleh maafkan tapi..”
Sebenarnya kan, semua bentuk ayat ini akan lebih memberatkan langkah kita untuk terus sembuh.
Kerana apa? Kerana kita sedang membentuk sebuah alasan yang bermula dengan perkataan ‘tapi’.
Dan akhirnya kita tidak mampu menerima lalu memaafkan, kerana kita sedang sibuk untuk menyalahkan secara berterusan.
Jadi apa yang kita kena buat?
Selitan: Dapatkan buku sulung Farhah Anuar, seorang pejuang PTSD, di sini
Mudah. Kita perlu menggantikan ‘tapi’ dengan ‘sebab’.
“Benda ini terjadi sebab aku yang salah dalam hal ini”
“Aku belum berjaya lagi sebab belum waktunya”
“Aku memaafkan sebab aku pilih untuk tenang”
Kamu boleh faham, kan?
Bahawa untuk sembuh dari luka yang lalu, segalanya perlu bermula dengan menerima apa yang telah terjadi tanpa menyalahkan sesiapa pun dan tanpa ‘tapi’.
Nanti barulah kita akan boleh menikmati luka tersebut dengan cara yang sederhana dan tidak terburu-buru.
Bukan ke kesedapan kopi akan dirasai jika kita menghirupnya secara perlahan.
Jadi, begitulah dengan luka.
Tidak perlu terburu-buru dalam merawat luka yang ada. Memberi masa kepada diri adalah hal yang dituntut dalam jalan sembuh ini.
Agar satu-satu luka yang ada dapat disembuhkan dengan betul dan matang lalu usai tanpa ada lagi yang tersisa.
Kerana sembuh itu bukan terletak pada cepat atau lambat, tetapi pada apa yang kita boleh perbuat dalam merawat.
Dan antara jalannya adalah dengan duduk sebentar dan memberi masa kepada luka itu untuk berlalu dengan tanpa memaksa ia untuk segera pergi.
Dalam merawat luka itu nantilah kita akan belajar banyak perkara dan lebih memahami apa kelebihan dan kekurangan dalam diri lalu kita bisa tumbuh dengannya.
Untuk kamu, semoga terus kuat dan salam sembuh.
— Farhah Anuar.
-
Tentang Membataskan Pilihan
“Tidak mengapa jika kita terpaksa membataskan pilihan untuk memperluas ruang.”
Hafizul faizSaya mencatat kesimpulan aneh ini dalam perjalanan pulang ke hotel setelah hampir seharian berjalan.
Kerana kondisi jalan yang tak sekata, saya tidak membawa stroller, sebaliknya mengendong Juwita dengan carrier yang saya beli dengan harga yang mahal kerana kualitinya.
Kesannya saya tak sakit bahu dan belakang. Dan Juwita juga selesa.
Ini trip pertama bersama Juwita. Saya membuang semua tabiat saya yang dulu — suka menyusun tentatif, memadatkan hari dengan segala macam aktiviti.
Saya membimbing diri sendiri untuk bersikap terbuka, fleksibel, kerana saya kini bukan hanya seorang pengembara, tapi seorang bapa.
Tempat-tempat yang kurang sesuai bawa Juwita, saya abaikan terus. Saya cuma senaraipendekkan beberapa tempat yang pada perkiraan saya, sesuai.
Setelah petang saya bawa Juwita pulang dulu, tidur sejam dua. Kemudian keluar berjalan-jalan pula.
“Flexibility is what keep us okay,” kata saya pada isteri setelah dia pulang dari persidangan seharian.
Juwita seorang anak cerdas yang high needs, itu sudah nyata sejak kecil lagi. Sebab itu kerja dari rumah amat mustahil bagi saya. Saya hantar Juwita ke sekolah yang benar-benar “bermain” agar saya dapat bekerja dengan fokus sebelum malamnya memberikan sepenuh perhatian kepadanya.
Ya, bila saya beritahu harga yuran sekolah Juwita, semua akan terbeliak biji mata.
Saya cuma tersenyum dan jika ditanya lagi saya akan menjawabnya dengan satu perkataan: “Pendidikan.”
(Masing-masing punya tanggapan tersendiri tentang istilah “pendidikan” ini, jadi saya tidak perlu menerang lebih-lebih, tidak sesuai memaksa semua orang ikut dalam tanggapan saya sendiri).
Tuhan masih mengizinkan rezeki untuk saya biaya semuanya dengan baik. Sekolah Juwita, makan minum rumah, duit poket isteri-anak dan semua keperluan lain.
Dan semua ini bisa saya tunaikan dalam keadaan saya menjalankan bisnes sendiri yang nyatanya amatlah risky.
Begitu Tuhan mengatur rezeki. Kebijaksanaan Tuhan ternyata lebih terserlah dengan kebersungguhan kita.
Justeru tidak mengapa jika kita terpaksa membataskan pilihan — tidak punya masa melepak, berkunjung ke tempat-tempat lain dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang pastinya akan kita buat jika sendiri — kerana kita perlu memperluas ruang yang lain.
Kita tidak kurang dengan membataskan pilihan kerana kita sedang menambah makna dengan memperluas ruang yang lain.
Hujungnya setiap kita cuma ingin bahagia dan berbagi makna, kan?
Hafizul Faiz
Surabaya
11 Feb 2023 -
Kesihatan Mental di Malaysia
Apa itu kesihatan mental?
Kesihatan mental adalah kesihatan emosi, sosial, dan pemikiran seseorang. Ini termasuk perkara seperti perasaan, pemikiran, dan tingkah laku yang mempengaruhi cara seseorang berfikir dan berperasaan serta cara dia berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Kesihatan mental juga meliputi bagaimana seseorang mengatasi stress, mengelola masalah, dan mengejar kebahagiaan dalam hidupnya.
Sejarah kesihatan mental
Sejarah kesihatan mental berawal dari zaman dahulu hingga sekarang. Pada zaman purba, orang yang mengalami masalah kesihatan mental dianggap sebagai orang yang terkena sihir atau dikuasai oleh roh jahat, dan seringkali diasingkan atau diperlakukan secara kekerasan. Pada abad ke-19, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan perubahan pandangan tentang kesihatan mental, dan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan mulai dikembangkan.
Pada tahun 1808, Philippe Pinel membuat perubahan penting dalam merawat orang dengan masalah kesihatan mental iaitu dengan menghilangkan rantai dan mengizinkan pesakit untuk melakukan aktiviti di luar ruangan pesakit.
Pada tahun 1845, Dorothea Dix membuka rumah sakit khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental di Amerika Serikat. Pada tahun 1890, Emil Kraepelin menyusun klasifikasi permasalahan kesihatan mental yang masih digunakan hingga sekarang.
Seiring perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, pendekatan terapi untuk masalah kesihatan mental juga telah berkembang pesat, termasuk terapi kognitif-behavioral, terapi interpersonal, dan terapi farmakologi. Namun, masih banyak permasalahan yang harus diatasi dalam bidang kesihatan mental, termasuk diskriminasi terhadap orang dengan masalah kesihatan mental dan kesulitan dalam mendapatkan akses ke perawatan yang tepat.
Bagaimana pula keadaan kesihatan mental di Malaysia?
Di Malaysia, kesihatan mental merupakan salah satu isu penting yang dihadapi oleh pemerintah (baca: Kerajaan) dan masyarakat.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kesihatan mental, termasuk meningkatkan jumlah akses perkhidmatan kesihatan mental sedia ada, meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan mental. Namun, masih ada beberapa masalah yang dihadapi dalam bidang kesihatan mental di Malaysia.
Beberapa masalah utama yang dihadapi dalam bidang kesihatan mental di Malaysia termasuk:
- Akses: Walaupun terdapat perkhidmatan kesihatan mental yang sedia ada, masih banyak orang yang mengalami kesulitan untuk mengakses perkhidmatan tersebut, terutama di kawasan luar bandar.
- Stigma: Stigma yang terikat dengan masalah kesihatan mental masih cukup kuat di Malaysia, yang menyebabkan orang enggan untuk mencari perawatan atau mengakui bahwa mereka mengalami masalah kesihatan mental.
- Kekurangan tenaga kerja kesihatan mental: Terdapat kekurangan tenaga kerja kesihatan mental di Malaysia, yang menyebabkan beban yang berat pada tenaga kerja yang sedia ada dan kualiti rawatan yang juga terkesan.
Walaupun masih ada masalah yang dihadapi, Kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya telah berusaha untuk meningkatkan perawatan kesihatan mental di negara ini dan mengurangi stigma yang terikat dengan masalah kesihatan mental.
Statistik kesihatan mental di Malaysia
Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sekitar 3.3 juta orang di Malaysia didiagnosis dengan masalah kesihatan mental pada tahun 2018. Dari jumlah itu, sekitar 2.6 juta orang didiagnosis dengan masalah kesihatan mental ringan, sementara 600,000 orang didiagnosis dengan masalah kesihatan mental yang lebih serius.
Depresi dan anxiety adalah masalah kesihatan mental yang paling umum di Malaysia. Laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahwa sekitar 1.5 juta orang di Malaysia didiagnosis dengan depresi pada tahun 2018, sementara sekitar 800,000 orang didiagnosis dengan ansieti.
Selain itu, statistik menunjukkan bahwa masalah kesihatan mental lebih umum terjadi pada golongan wanita dibandingkan golongan lelaki. Dan juga lebih sering terjadi pada golongan usia yang lebih muda.
Itu merupakan beberapa dari banyak statistik yang menunjukkan bahwa masalah kesihatan mental adalah isu penting di Malaysia. Namun, perlu diingat bahwa statistik ini mungkin tidak mencerminkan kondisi sebenarnya karena masalah kesihatan mental sering tidak dilaporkan atau diakui.
Apa yang boleh kita lakukan?
Selaku masyarakat, kita dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental:
- Memperkenalkan topik kesihatan mental: Masyarakat dapat mengajar orang lain mengenai topik kesihatan mental dan memberikan maklumat yang tepat tentang masalah kesihatan mental.
- Menguatkan komunikasi: Masyarakat dapat meningkatkan komunikasi dengan orang-orang yang diduga mengalami masalah kesihatan mental dan menyediakan dukungan emosional.
- Menghapuskan stigma: Masyarakat dapat menghapuskan stigma yang terikat dengan masalah kesihatan mental dengan memberikan dukungan kepada orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan menghormati privasi mereka.
- Memperkenalkan program-program kesihatan mental: Masyarakat dapat menyokong program-program kesihatan mental yang dianjurkan oleh pemerintah atau organisasi-organisasi swasta yang berfokus pada pencegahan dan perawatan masalah kesihatan mental.
- Mendukung tenaga kerja kesihatan mental: Masyarakat dapat mendukung tenaga kerja kesihatan mental dengan memberikan dukungan moral dan menghormati profesionalisme mereka dalam menjalankan tugasnya.
- Menjadi contoh: Masyarakat dapat menjadi contoh yang baik dengan menjaga kesihatan mental mereka sendiri dan memberikan dukungan kepada orang lain yang mengalami masalah kesihatan mental.
- Menjadi pembelajar: Masyarakat dapat menjadi pembelajar yang berterusan dalam bidang kesihatan mental, dengan cara mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang ini dan memperluas pengetahuan tentang masalah kesihatan mental.
Itulah beberapa hal yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental. Dengan kerjasama dan dukungan masyarakat, kita dapat membuat perubahan yang positif dalam bidang kesihatan mental.
Jika anda mengalami gejala kesakitan mental, beberapa langkah yang dapat anda ambil untuk mengatasinya adalah:
- Berbicara dengan seseorang yang anda percayai: Berbicara dengan seseorang yang anda percayai dapat membantu anda meresapi perasaan anda dan mendapatkan dukungan emosional.
- Mencari bantuan profesional: Jika gejala kesakitan mental anda berlangsung lama atau mengganggu kualitas hidup anda, sebaiknya anda mencari bantuan dari profesional kesehatan mental seperti psikolog atau psikiater.
- Mengambil jeda: Mengambil jeda dari aktivitas sehari-hari anda dapat membantu anda meresapi perasaan anda dan menemukan cara untuk mengatasi masalah anda.
- Menjaga pola tidur yang sehat: Menjaga pola tidur yang sehat dapat membantu anda mengatasi gejala kesakitan mental anda.
- Berolahraga: Berolahraga dapat membantu meningkatkan kesehatan fisik dan mental anda.
- Mengubah gaya hidup: Mengubah gaya hidup anda dapat membantu anda mengatasi masalah kesakitan mental anda, seperti mengurangi stres dengan mengatur waktu, mengatur pola makan yang sehat, dan menghindari alkohol dan rokok.
- Membuat rencana aksi: Membuat rencana aksi dapat membantu anda mengatasi masalah kesakitan mental anda dengan cara yang terstruktur dan efektif.
- Mencari dukungan dari kelompok sosial: Mencari dukungan dari kelompok sosial seperti kelompok dukungan, kelompok terapi atau komunitas online dapat membantu anda merasa tidak sendirian dan mendapatkan dukungan dari orang lain yang mengalami masalah yang sama.
Ingatlah, penting untuk mencari bantuan yang tepat jika anda merasa kesakitan mental anda tidak dapat ditangani sendiri. Profesional kesehatan mental dapat membantu anda mengatasi masalah anda dan mengembangkan strategi untuk mengatasi masalah kesakitan mental anda di masa depan.