Salam semua! Macam mana dengan minggu ni? Moga baik-baik sahaja harapnya.
Kak Sha yakin, dalam life kita semua mesti ada banyak sangat distraction kan? Bila nak buat kerja atau assignment, eh tiba-tiba terskrol Instagram lah, TikTok lah, Facebook lah, aduhai.
Kita pun secara tak sengaja, dah terleka pula untuk buat tugasan hakiki. Benda ni mengganggu tahap produktiviti kita kadang-kadang. Maka, badan dan juga mental kita perlukan rehat dengan cara detoks jasmani dan rohani.
Disebabkan bulan Ramadan pun dah tak lama lagi, kita semua mesti pernah terdengar orang kata, “jangan main-main dengan doa orang yang sedang berpuasa, sebab doanya mustajab” kan?
Sebenarnya memang betul dan Kak Sha nak share dengan korang satu hadis sahih tentang doa orang berpuasa itu mustajab.
Hadis tentang doa
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi” [Riwayat Ibn Majah]
Tapi bukanlah dalam bulan Ramadan sahaja doa kita akan jadi mustajab, tapi di hari-hari biasa juga boleh selagi mana kita ikhlas dan yakin yang Allah akan perkenankan doa kita itu.
By the way, korang tahu tak yang berdoa ni adalah satu habit yang sihat untuk mental kita? Sebabnya, amalan berdoa boleh dikaitkan sebagai amalan self-reflection yang menyembuhkan tau.
Kenapa Kak Sha kata macam tu? Sebab berdoa itu bukan hanya sekadar meminta, tapi mengadu, meluah dan bercerita.
Berdoa untuk mengadu
Cuba korang ingat balik bila kali terakhir korang mengadu pada pasangan korang? Atau yang masih bujang, bila kali terakhir korang meluah atau bercerita dekat kawan baik?
Macam mana korang rasa selepas tu? Feeling better tak? Walaupun mungkin tak selalunya kita dapat solusi, tapi sekurang-kurangnya beban yang kita pikul mula terasa ringan dan fikiran kita juga jadi lebih lapang.
Kak Sha nak cerita sikit tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW ketika dapat wahyu, Kak Sha nak kita sama-sama ingat semula perjalanan Baginda berada di Gua Hira’.
Ada benda yang kita boleh belajar daripada kisah perjalanan Baginda which is Baginda bagi masa pada diri sendiri untuk reflek semula apa yang Baginda fikirkan, cakapkan dan rasakan.
Perjalanan Baginda ini juga sebenarnya sedang beritahu kepada kita bahawa Baginda mengakui, membenarkan dan meraikan emosi, fikiran dan perasaan Baginda waktu itu.
Dan sewaktu wahyu pertama turun menerusi malaikat Jibril, kita semua tahu betapa Baginda sangat terkejut dan takut dengan apa yang terjadi kerana itu terjadi buat pertama kali dan itu bukan satu kebiasaan.
Jadi masa dalam keadaan macam tu, Baginda cepat-cepat pergi kepada isteri Baginda, Saidatina Khadijah untuk cerita apa yang jadi. Waktu itu, Saidatina Khadijah adalah orang pertama yang percaya dan menyokong perjuangan dakwah Baginda SAW.
it’s okay to seek help
Jadi daripada peristiwa ini sebenarnya juga nak ingatkan kepada kita untuk it’s okay to seek help, it’s okay to share our story dan buatlah refleksi diri supaya kita dapat belajar untuk sedar diri, sedar apa kekurangan dan kelebihan diri yang Tuhan dah berikan kepada kita selama ini.
Sekarang Kak Sha nak kongsi antara tatacara terbaik untuk healing adalah dengan membuat self-reflection melalui perbuatan berdoa. Tapi sebelum tu, Kak Sha nak jelaskan dulu apa itu self-reflection.
Self-reflection sangat luas tapi untuk secara mudahnya, ia tentang sebuah latihan kita menilai semula pemikiran, perasaan, emosi, kelakuan, peribadi, personaliti, karakter dan termasuklah juga penampilan kita.
Ibarat kita tengok diri kita sendiri di depan cermin. Tapi kita tak menghukum diri kita tau. Ini satu benda yang kita perlu alert sebab ramai orang cuba buat self-reflection tapi akhirnya terjebak dengan menghukum diri sendiri. Kesannya, self-esteem kita jadi rendah.
Self-reflection yang betul dan sihat adalah bila kita mampu memaafkan diri sendiri, berlembut dengan diri sendiri dan kita beri peluang kepada diri untuk baiki apa yang perlu.
manfaat self-reflection
Ini antara sebab kenapa kita kena buat self-reflection.
- To take a break
- Tengok semula apa yang dah dicapai
- Meraikan pencapaian yang kecil dan besar
- Belajar daripada kesilapan lalu
- Semak semula arah tuju hidup
Tadi Kak Sha ada kata yang berdoa adalah amalan self-reflection yang menyembuhkan bukan? Sememangnya benarrrr!
Sebab kalau kita perasan, berdoa adalah satu keadaan di mana kita buka topeng kita di depan Tuhan. Di depan Tuhanlah kita akur yang kita adalah manusia yang sangat lemah, sangat tak berdaya, sangat memerlukan bantuan, sangat faqir dan sangat merendah diri.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah melampaui batas, kita jadi lupa diri, jadi hilang arah dan kita lupa nak hargai diri sendiri.
Entah mungkin sebab kita terlalu mencuba untuk puaskan hati orang sekeliling kita atau kita sibuk kejarkan benda yang sebenarnya kita tak perlukan pun.
Maka secara perlahan-lahan, kita mula hilang diri kita dan lebih menakutkan bila kita hilang Tuhan.
Sebab Tuhan tahu kita ni akan selalu terlupa dan tersesatlah, Dia sediakan tempat, ruang dan peluang untuk kita berdoa. Dia tahu kita akan sangat-sangat perlukan Dia.
Soalan untuk kita self-reflect
Sangat menarik juga Kak Sha rasa bila kita menetapkan ruang untuk self-reflection sebab latihan ni akan bagi kesan yang baik kepada kesihatan mental dan emosi kita.
Macam mana tu?
Dari segi mental, kita boleh cuba untuk jawab beberapa jenis soalan yang ada contohnya:
- Siapa diri aku yang sebenar?
- Apa yang aku suka dalam diri aku?
- Kenapa Tuhan ciptakan aku?
- Apa yang paling bermakna sekali dalam hidup aku?
Tapi kalau untuk emosi, boleh cuba tanya soalan ini:
- Apa yang aku rasa hari ini?
- Kenapa aku rasa sedih tiba-tiba?
- Kenapa aku mudah sangat marah?
- Apa yang aku boleh buat bila stres?
Semua soalan ni nampak simple kan? Tapi kesannya sangat lumayan! Sebab kita sedang berproses dalam menyembuhkan diri kita, dalam proses sayangi dan cintai diri kita.
Kita akan jadi seseorang yang lebih peka terhadap diri sendiri dan self-awareness kita juga akan meningkat bila kita praktikkan self-reflection dalam hidup seharian. Kak Sha tahu, masih ramai lagi yang tak tahu siapa dirinya yang sebenar, maish tercari-cari laluan hidup.
Mungkin inilah petandanya untuk kita mulakan perjalanan teroka diri. Inilah waktunya untuk kita lebih kenal siapa Pencipta kita dan siapa diri kita.
Bila kita dah jawab semua soalan tadi, kita akan nampak apa kelemahan kita, apa kelebihan kita, di mana kita perlu baiki dan akhrinya nanti, kita tidak akan lagi dilukai atau melukai sebab kita dah jadi diri kita yang lebih baik dari yang sebelum ni.
Jadi, berdoalah dalam keadaan kita mengaku segala kelemahan dan kesilapan kita. Mintalah sebanyak-banyaknya untuk disembuhkan dan berusahalah untuk apa yang kita impikan. Tuhan akan sentiasa tunjukkan jalan.
Leave a Reply