jeda adalah satu praktis di mana kita belajar untuk berehat daripada buat segala perkara, praktis untuk ambil nafas sedalam-dalamnya (deep breathing) dan beri ruang kepada diri sendiri.
— Kak Sha, Tentang Kita
Hai semua, saya Kak Sha, penulis di blog Tentang Kita.
Untuk hari ini, Kak Sha nak kongsi tentang jeda. Ada ramai lagi ke yang tak pernah dengar perkataan jeda ni? Okey kalau masih ada yang belum pernah dengar, perkataan jeda ni sebenarnya bermaksud berhenti sebentar atau orang putih kata, take a pause.
Dari segi makna, begitulah maksudnya, tapi dari segi praktikalnya pula jeda adalah satu praktis di mana kita belajar untuk berehat daripada buat segala perkara, praktis untuk ambil nafas sedalam-dalamnya (deep breathing) dan beri ruang kepada diri sendiri.
Mengambil jeda untuk kesihatan mental
Mengambil jeda sangat-sangat penting untuk kesihatan mental kita semua.
Kak Sha nak kongsikan cara untuk tahu bila kita perlu ambil jeda.
- Emosi kita mudah terganggu walau dengan perkara kecil
- Kita mudah sangat terlupa tarikh-tarikh penting atau tugasan
- Sistem pencernaan kita mula terganggu seperti mudah terkena gastrik
- Badan rasa lesu sepanjang masa
- Rasa badan tiada tenaga walau dah dapatkan tidur yang cukup
- Kerap makan makanan ringan atau kerap meminum alkohol
- Hubungan sosial semakin teruk
- Mengalami mati rasa secara emosi
- Tekanan darah jadi meningkat
- Rasa tertekan dengan suasana, orang sekeliling dan persekitaran
Sebenarnya ada banyak perkara nak disenaraikan tapi yang paling senang sekali adalah bila diri kita mula sedar yang tubuh badan fizikal dan mental kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Itu sahaja dah cukup untuk kita mula bertindak dan mengambil jeda yang sebentar.
Jangan rasa bersalah untuk berehat, take a pause
Kak Sha tahu ramai sangat di kalangan kita yang rasa bersalah untuk berehat, untuk take a pause.
Ada yang rasa macam buang masa, melambatkan lagi proses kerja dan sebagainya. Cuma apa gunanya kan kalau kita terus buat kerja kita, terus jalani rutin harian kita tapi dalam keadaan kita tidak sepenuhnya dapat berfungsi secara maksimal. Orang kata, macam mayat hidup haha.
Maka, tak apa untuk berehat seketika dan tak apa untuk sesekali pentingkan diri sendiri.
By the way, ada satu kajian yang dijalankan oleh Korpela, Kinnunen, Geurts, de Bloom dan Sianoja (2016). Mereka kata, kalau kita ambil masa untuk berehat sekejap, ia dapat bantu kita untuk fokus semula, beri kita kelegaan dan tingkatkan lagi produktiviti kita.
Jeda juga sebenarnya melatih kita untuk mindfulness.
Sabar kejap, jangan pening kepala. Biar Kak Sha bagitahu pula apa itu mindfulness.
Secara ringkasnya, mindfulness adalah praktis untuk beri kesedaran penuh bila kita buat sesuatu benda.
Contohnya, bila kita buat air kopi. Kita bukan sahaja sekadar buat tapi kita peka pada deria yang ada, kita dapat hidu aroma kopi dan kita dapat rasakan hangatnya cawan di tangan. Semua ini adalah bentuk praktis untuk jadi mindfulness.
Jadi, jeda adalah satu praktis yang kita perlu biasakan. Kerana dengan mengambil jeda, kita akan lebih menghargai setiap momen yang kita lalui, lebih memaknai setiap progres yang kita kecapi dan lebih buatkan kita hidup dengan tenang.
Dan untuk belajar mengambil jeda, kita harus belajar menahan diri daripada banyak perkara contohnya dalam kita berpuasa, kita sedang belajar untuk menahan nafsu makan, nafsu marah, nafsu membuat perkara yang tidak berfaedah dan juga termasuklah menahan diri daripada melayan perasaan serta fikiran yang melemahkan.
Hari tu, Kak Sha ada terjumpa satu artikel akademik yang mengkaji tentang kesan berpuasa di bulan Ramadhan terhadap kesihatan mental. Menarik pula dapatan kajian tu.
Dalam kajian tu didapati berpuasa dapat melatih diri kita untuk berdisiplin dan juga dari sudut pandangan Islam sendiri, berpuasa dapat tingkatkan kesihatan fizikal dan juga mental seseorang.
Fuh!
Rupa-rupanya, ada kajian yang beritahu bahawa amalan berpuasa di bulan Ramadhan dapat kurangkan tahap anxiety, stres dan juga depresi seseorang.
Maka tak hairanlah kalau sekarang ini, di negara barat mereka mengambil amalan puasa ini untuk pelbagai tujuan. Mereka jadikan berpuasa untuk kembalikan mental yang sihat, kehidupan yang lebih sejahtera, kualiti hidup yang baik, diet yang berkesan dan juga untuk tingkatkan perkembangan psikologi.
Satu lagi yang Kak Sha perasan, kalau bulan puasa kita mesti bangun awal pagi untuk bersahur bukan?
Dan perasan tak kalau waktu sahur adalah waktu yang nyaman dan tenang?
Mungkin satu benda yang boleh kita belajar dekat sini adalah tentang waktu untuk bersendiri. Dalam sehari, kita mungkin dah terlalu banyak masa yang diluangkan bersama orang tersayang, rakan-rakan dan juga orang luar. Sehinggakan, kita tiada masa untuk diri sendiri.
Jadi, Kak Sha rasa untuk Ramadhan kali ini, why not untuk kita asingkan sedikit masa buat diri sendiri. Ini pun dah dikatakan sebagai praktis mengambil jeda atau being mindfulness.
Masa yang ada tu nanti, kita boleh isikan dengan beberapa aktivti untuk healing dan refleksi diri dengan tulis jurnal, tulis diari, tadabbur ayat-ayat al-Quran, membaca dan sebagainya.
Kak Sha sendiri pernah cuba beberapa kali untuk menulis jurnal di waktu awal pagi, sebelum subuh. Kesannya, hari tersebut terasa ringan dan senang untuk dilalui.
Fikiran juga jadi lebih terarah dan emosi jadi terkawal.
Kak Sha tak konsisten buat semua ni pada mulanya, tapi lihatlah kesannya walau tidak konsisten. Bayangkan kalau Kak Sha konsisten buat?
Maka, waktu sahur juga sebenarnya sesuai untuk kita gunakan sebagai ruang berehat buat diri sendiri.
Artikel dari Kak Sha, tim Tentang Kita. Bantu selamatkan pesakit mental dengan mendanai kos rawatan mereka di sini
Sumber:
Berthelot, E., Etchecopar-Etchart, D., Thellier, D., Lancon, C., Boyer, L., & Fond, G. (2021). Fasting Interventions for Stress, Anxiety and Depressive Symptoms: A Systematic Review and Meta-Analysis. Nutrients, 13(11), 3947. https://doi.org/10.3390/nu13113947
Korpela K, Kinnunen U, Geurts S, de Bloom J, Sianoja M. Recovery during Lunch Breaks: Testing Long-Term Relations with Energy Levels at Work. Scand J Work Organ Psychol. 2016.
Leave a Reply