Kisah kita bersama

Nasihat @ Perli,which 1 prefered?

Posted on 8th May 2012 in Nasihat
Nasihat atau perli, whic one yang korang prefer?

Nasihat atau perli, whic one yang korang prefer?

Ok, untuk post kali nei aku nk share ngan korang tentang hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Korang pernah tak kena tegur atau kena perli oleh seseorang? yang mana satu bagi korang adalah yang paling berkesan dan yang mana satu bagi korang adalah yang paling baik untuk dilakukan?. Btw, biar aku ceritakan dulu pendapat aku tentang perbezaan antara tegur dengan perli nei…

Nasihat

Nasihat adalah satu proses yang mana kita ingin menegur kesilapan seseorang tak kisah la samada orang tu kawan kita ker, adik kita ker, apa kita ker. Yang penting kita nak bagitau kat dia yang apa yang dia buat tu adalah salah.. Macam Mana orang bagi nasihat nei? contohnya macam aku nk tegur kawan aku `mad, ko jgn buat macam tu kat dia, nanti jadi apa2 ko jugak yang susah nanti`. so, bagi aku, cara nei adalah lebih berkesan daripada kaedah perli yang selalu sangat diamalkan oleh sesetengah pihak. Sebab apa? sebab orang yang kita tegur tu boleh nampak apa kesalahan dia dan apa yang ingin kita sampaikan kepada dia. So tak da la sakit hati dia nak terima teguran kita…

Perli

Perli pula adalah sejenis ayat sindiran yang ditujukan kepada seseorang dengan tujuan untuk menegur atau ingin menunjukkan kebijaksanaanya atau kebagusanya kepada orang lain.. Contohnya macam nei..` ala, aku ada gak buat something, tapi ada orang tu langsung tak da buat apa pon and boleh pulak duk saja goyang kaki`… bagi korang la kan, kalau korang ada kat tempat orang yang kena sindir tu, korang rasa panas tak? mesti la kan.. Aku pun tak tau apa tujuan dia cakap macam tu. Sebab perli nei sebenarnya ada banyak tujuan seperti yang telah aku katakan tadi… Last2 disebabkan perli, segala amalan korang akan ditolak. Kenapa? sebab korang dah sakiti hati kawan korang sendiri. Memang korang niat nak tegur, tapi ingat x? niat x pernah menghalalkan cara. kalau kita nampak dia buat salah, kenapa kita tak tegur jer dia? kenapa perlu sakitkan hati dia? betol x?

So, which one yang korang prefer kalau korang nk tegur kawan2 korang?

Just sharing

Like if u also want to share it…

comments: 0 » tags: , ,

menjadi seorang muslimah sejati

Posted on 4th May 2012 in Nasihat
menjadi muslimah sejati
menjadi muslimah sejati

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.




“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

comments: 0 » tags:

Mas kawin VS kebahagiaan

Posted on 2nd May 2012 in Informasi
kawin

Hantaran VS kebahagiaan

ok, untuk post kali nei aku nk cerita pasal perkahwinan yang mana dapat kita tengok pada hari nei memerlukan perbelajaan mas kawin atau hantaran yang begitu mahal supaya sesuatu rumah tangga itu sah didirikan. Pada pendapat korang la kan, patut tak kalau mas kawin nei diberikan harga yang mahal yang mana boleh mencecah puluhan ribu ringgit bahkah sehingga ratusan ribu ringgit.

Pada pendapat aku la kan, setiap keputusan tu ada pro dan kontranya.. Antaranya adalah seperti:

Suami akan berhutang dengan banyak

Ok, nei adalah masalah pertama yang perlu dipikul oleh sang suami dan rasanya bukan sahaja suami, bahkan isteri juga akan terut merasakan tempiasnya kerana suami bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal perbelanjaan keluarga, tetapi perbelanjaan yang ditanggung itu terpaksa dikurangkan kerana gaji yang diperolehi terpaksa digunakan untuk membayar semula hutang yang telah dipinjam untuk keperluan semasa perkahwinan yang dijalankan. so, kalau duit dah habis duk bayar hutang, Rumah, kereta, and semuanya susah nak dapat sebab kuasa membeli dan menabung dah kurang….

Perkahwinan terpaksa ditangguh

Ok, hal nei juga akan berlaku kepada suami yang mana kalau perbelanjaan yang diminta adalah terlalu tinggi, ia juga akan menyukarkan suami untuk meneruskan perkahwinan kerana masih banyak lagi persediaan yang perlu ditanggung supaya perkahwinan itu dapat dijalankan.. Masalah ini bukan sahaja ditanggung oleh lelaki, bahkan juga kepada wanita, kenapa? sebab kalau duk tangguh tangguh, alamatnya perempuan tu makin tua la.. and kalau laki tu tak nak sekalipun dia boleh cari perempuan yang lebih muda daripada dia. so, perempuan kalau dah tua, dah orang tak berminat sangat dah..

Berlakulah kawin lari

Salah satu punca kepada kawin lari adalah kerana si lelaki tidak mempunya kemampuan dari segi kewangan dan ini menyebabkan lelaki tersebut akan berusaha untuk memujuk pihak gadis untuk lari ke tempat lain untuk berkahwin dan tempat yang paling baik adalah di Thailand. So, time nei barulah mak pak akan menangis senangis nangisnya.. bukannya nak menafikan hak ibu bapa, tapi nikahilah anak dan bukannya menjual anak…

bagi hal kebaikan pula, aku tak nampak sangat pun kebaikan tentang mas kawin atau hantaran mahal yang dikenakan untuk sesuatu perkahwinan.. mungkin ada yang menjawab..

  • nak buktikan lelaki tu bersedia dan ada duit

so, kalau gaji laki tu sebulan RM 5,000 .cuba minta kat dia mas kawin RM 50 000, mampu tak dia, ermm, bukan nak mengarut, tapi kalau gaji mahal pon, tetapi hantaran yang dimintapun mahal, kuasa membeli juga akan berkurang, so tak da juga faedahnya…

  • Nak kata supaya laki tu lebih menghargai wanita

Ermmmm, aku tak fikir macam tu, wanita bukan seperti barang, atau memang perempuan nak ajar laki supaya membiasakan perkahwinan ini sepertu jual beli, kalau seorang lelaki beli kereta dengan harga RM 100,000 sekalipun , suatu hari nanti dia akan jual gak kereta tu. Tapi sekarang kalau semahal manapun wanita tu, suatu hari nanti dia juga boleh jual wanita tu kalau dia nak.. so, harga bukanlah sesuatu yang boleh menarik kasih sayang seorang lelaki.

 

So, Tentangkita.org sebenarnya tidak berapa setuju dengan gejala wang hantaran yang dikenakan dengan begitu mahal sebab hantaran bukanlah jaminan terhadap rumah tangga bahagia tetapi apa yang penting untuk sesuatu perkahwinan itu adalah persediaan dari segi kepimpinan dan agama yang penting yang mana mampu menjamin keharmonian sesuatu rumah tangga…

sekian.. Like?

Korang pernah rasa dibenci tak?

Posted on 26th April 2012 in perasaan
kebencian

Bila dibenci oleh seseorang

Ok, untuk post kali nei aku nak share ngan korang tentang perasaan atau sikap orang sekeliling kat korang. Korang pernah tak sekali sekala tu korang rasa ada jer someone yang agak2 menyampah atau benci sangat kat korang? bila korang cakap ngan dia, dia buat tak tau jer, tapi bila dia cakap ngan orang len, dia boleh plak cakap elok and siap boleh gurau2 lagi. Bukan nak kata jeles ke apa, tapi rasa macam korang dianggap macam sampah jer kat situ. ermmm.

So, sini aku nak bersama2 korang menyelami perasaan nei yang mana sebenarnya bukan korang jer yang rasa diri dibuang, tapi aku pon rasa perkara yang sama.Sampai la perkara tu membuatkan aku terkena Imsonia atau penyakit yang x boleh membuatkan korang tido malam… Kadang-kadang aku pun terfikir gak, kenapa dia nei selalu layan aku macam nei sedangkan dia boleh plak layan orang len ngan elok. and study punya study, then baru lah aku tau beberapa faktor yang menyebabkan orang tak suka kat kita …

  • Muka macam perogol/kaki kikis duit
  • Percakapan korang tak menarik
  • korang tak ada duit
  • korang tak kreatif
  • korang banyak main
  • korang suka buat benda yang dia tak suka
  • korang suka usya dia
  • korang minat kat dia
  • korang suka tegur dia ngan senyuman yang menakutkan

so, Sini aku bukanlah nak menyalahkan korang atau menyalahkan diri aku yang sememangnya dianggap macam tak guna, tapi aku nak bagi tau kat korang, kalau ada jer minah atau mamat yang layan korang macam tu, korang buat x tau jer and tunjukkan kat dia yang korang lebih baik daripada dia. Bukan aku suruh korang menunjuk harta korang tu, tapi kalau la ada orang yang mengganggap kita nei macam sampah, then proof something yang akan membuatkan dia sendiri yang berfikir siapakah sampah dalam dunia nei.

Korang tau tak, kadang-kadang orang yang membenci kita tu sebenarnya bukanlah hebat mana pun dan sememangnya tidak sehebat mana dan semamangnya dia tidak ada apa-apapun dalam kehidupan dia. And itu dia punya pasal, yang penting sekarang kita jadikan kebencian mereka sebagai pembakar semangat kita untuk terus menunju puncak kehidupan yang lebih sempurna..

Mungkin sekarang kita dihina, tapi suatu masa nanti, tak mustahil kita akan disanjung karna hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar.. Bersabarlah ketika berada dibawah dan bersyukurlah bila berada diatas kerana semuanya hanyalah ujian

SO, JUST  SAY `I HATE HATER`

KLIK TO LIKE

SHARE WHAT YOU FEEL

comments: 0 »

Jom tengok sapa unfriend korang kat FB

Posted on 18th April 2012 in Informasi
siapa unfriend korang?

siapa unfriend korang?

 

Kekurangan senarai rakan pada Facebook kadangkala membuatkan anda curiga dan ingin tahu siapakah yang membuang (unfriend) anda dari senarai rakan mereka. Fungsi ini belum diperkenalkan oleh Facebook – kemungkinan tidak akan diperkenalkan langsung atas sebab privasi. Namun berita baik bagi mereka yang ingin mendapatkannya, sebuah add-on (skrip) dinamakan Unfriend Finder membolehkan anda mengetahui siapa yang unfriendanda di Facebook secara mudah.

Add-on Unfriend Finder berfungsi dengan memeriksa senarai rakan anda dari masa-ke-semasa, dan sekiranya ianya berkurangan, sebuah notifikasi akan dinyatakan – memperlihatkan kepada anda siapakah yang kehilangan dari senarai tersebut.

 

Dibawah merupakan langkah permasangan Unfriend Finder.

Pelayar Web Chrome / Opera

  • Lawati pautan ini, dan klik butang install yang terletak di atas kanan.

Pelayar web Firefox

Setelah selesai permasangan, buka laman Facebook dan sebuah tab dinamakan Unfriends akan kelihatan, dan jika ada seseorang telah membuang anda dari senarai rakan, sebuah notifikasi unfriend akan diperlihatkan padanya. Untuk makluman anda, add-on Unfriend Finder cuma dapat menyatakan profile yang telah unfriend anda selepas permasangannya sahaja.

LIKE TO SHARE

  • Artikel nei aku kreditkan ke http://kawangeek.com

Wanita.. Dugaan atau penghargaan?

Posted on 16th April 2012 in Motivasi, Nasihat
indahnya menjadi wanita

indahnya menjadi wanita

 

hai semuaaaaaaaaaaaaa

assalamualaikum

Ok, untuk post kali nei aku nak share ngan korang tentang bagaimana bestnya korang yang dilahirkan sebagai seorang wanita.. kenapa best? bukan penat ke jadi perempuan? dah la aurat banyak daripada laki then banyak pula pantang larangnya. Ok, sekarang aku nak cerita kat korang kenapa semua perkara nei yang ramai wanita mengganggapnya sebagai sesuatu yang menyusahkan baginya adalah sesuatu yang teramatlah baik bagi nya..

Ok, pertama sekali aku nak cerita pasal kepada perempuan banyak sangat pantang larang kalau nak dibandingkan dengan laki, bak kata orang pantang salah sikit, ada jer mulut yang duk bising2 cerita pasal korang and silap2 satu dunia boleh tau keburukan/kesalahan korang tu… Ok, mula2 aku nak tanya kalau la ada seorang pak imam kena tangkap polis sebab melakukan sesuatu jenayah, apa yang akan orang fikir? mesti lah orang akan fikir apa teruk sangat dia nei, and macam2 lagi kutukan yang orang akan berikan kepadanya. Kenapa boleh berlaku macam tu? sebab dia imam and dia adalah seorang yang disanjung oleh masyarakat… Tapi macam mana pula kalau orang yang jenis penagih dadah kena tangkap sebab mencuri? apa orang akan cakap? mesti la orang pon malas nk cakap kan sebab dah nama pun penagih dadah, kalau buat2 jenayah tu, perkara biasa ar.. (means orang x pandang dia sebagai seorang yang berguna dan sememangnya orang akan pandang rendah kat orang yang macam tu)

So, macam tu gak la life korang girls, bila korang ada buat salah walhal kesalahan tu x da la besar mana pun tapi kesalahan yang korang buat tu akan mudah untuk jadi buah mulut orang, kenapa? sebab selama nei korang adalah insan yang dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Bila korang susah, orang akan berpusu-pusu tolong korang, bukan sebab korang cantik atau apa, x kesah la korang cantik atau x, bila korang minta tolong, akan mudah jer orang laki akan beri bantuan kepada korang. Bukan sebab korang lemah, tapi sebenarnya sebab korang dihormati…

Ok, tu bab korang jenis banyak sangat pantang larang, nei aku nk ceritakan pula kenapa korang banyak sangat aurat kalau nak dibandingkan dengan laki. Kenapa erk? pertama sekali reason dia adalah kerana apa yang ada kat korang tu memang cantik.. cuba korang bandingkan betis korang dengan betis lelaki yang kat luar sana tu, cantik x betis korang, mesti la cantik kan… bernafsu x kalau korang tengok betis lelaki? mesti la x kan? tapi lelaki bernafsu bila diorang tengok betis perempuan, kenapa erk? sebab memang manusia dicipta sukakan kecantikan. Tu sebabnya kecantikan yang ada pada diri korang tu korang kena cover supaya x dilihat oleh golongan lelaki yang tidak layak melihatnya. lagi satu, orang yang menutup aurat nei lebih dihormati dan dihargai kalau nk dibandingkan orang yang tak menutup aurat. Kenapa? sebab korang boleh jaga aurat korang and laki tau memang susah nak jaga aurat but korang boleh jaga gak aurat.. Kalau perempuan yang x tutup aurat tu, apa bezanya dia dengan lelaki, so, perlukah hormat dia sebagai seorang perempuan kalau dia sendiri tidak menghormati dirinya?. mesti la x kan?

Dan ingatlah, menjadi perempuan sememangnya indah dan itulah sebabnya wujud ramai golongan pondan atau mak yah kerana mereka nak sangat jadi perempuan, tapi mereka dilahirkan sebagai lelaki. Tapi kalau diorang jadi perempuan pon, bukan diorang nak tutup aurat pon kan? so, kalau perempuan yang x tutup aurat tu, apa bezanya diorang ngan pondan kan…. so, secara fizikal jer beza, tapi akhlaknya sama jer kan…

ok, thanks

LIKE TO SHARE

SAVE COMMUNITY

 

comments: 0 » tags: , , ,

REMAJA BERCUMBU.. Rendahnya moral remaja kita

Posted on 14th April 2012 in Nasihat

Ok, aku x nk cakap banyak, korang boleh la nilaikan sendiri bahananya percintaan antara dua remaja. memang memalukan sebagai rakyat yang berada di sebuah negara yang kononnya menjadikan islam sebagai agama rasminya..Bercumbu di khalayak ramai tidak lagi menjadi satu perkara yang menhairankan bagi kita and siap ada tepuk2 tangan lagi tanda suka..

Kepada perempuan kat luar sana, jgn lah jadi macam perempuan dalam vid nei, korang tu ada maruah, jgn nk duk sedekah body kat jantan yang belum tentu akan jadi laki korang.. kalau dalam vid nei sekali pun, korang fikir laki tu akan buat perempuan tu jadi bini dia ka? mesti la x kan? so, korang fikir2kanlah

Korang pon ada mak pak kan? korang pon sayangkan ibu bapa korang  kan? so, apa2 yang korang nk buat pon, korang fikir lah ibu bapa korang.. jangan sampai perut dah buncit then mak pak juga yang menangis kat rumah nanti.. korang jangan nak salahkan laki sebab diorang x rugi apa2 pon. yang nak membesar perut korang kalau korang jenis yang pemurah sangat…

Teguran nei aku buat sebab aku sayangkan korang semua sebagai saudara2 aku

kepada laki2,, korang pon akan ada anak perempuan gak suatu hari nanti, korang fikir2kan lah…\

LIKE TO SHARE

SAVE COMMUNITY

comments: 0 » tags: , , ,

Tips menolak lamaran

Posted on 14th April 2012 in Percintaan
reject love

lamaran yang ditolak

Ok, untuk post kali nei aku nak share ngan korang tentang tips untuk menolak lamaran daripada seseorang yang mungkin kita tak sangka pun yang dia ada perasaan kat kita.. Orang yang melamar kita tu mungkin daripada kalangan kawan-kawan yang rapat ngan kita atau mereka yang baru jer berkenalan dengan kita then terus dia propose kita…

Ok, mungkin sukar untuk kita menyatakan tidak bagi seseorang yang ingin melamar kita kan?. yer la, mana tak nya, tak kan kita nk hancurkan hati orang yang ada perasaan sayang kat kita kan, so, sini aku just nak kongsi beberapa tips untuk korang yang tak mahu menerima lamaran daripada si dia..


  • JANGAN CAKAP `KITA KAWAN DULU`

Sebab apa aku cakap macam tu? sebab kalau korang cakap macam tu sebenarnya akan membuatkan orang yang melamar korang tu akan lebih tertekan dan dia akan terus memberikan harapan kepada korang agar korang dapat menerima cintanya pada suatu masa nanti. Perkataan `kita kawan dulu` tu samalah dengan korang tangguhkan sementara lamaran yang dibuat ke atas diri korang..

  • JANGAN UPAH LAKI LAIN UNTUK MENGUGUT

Ok, seperti yang ramai dah tau, lelaki nei jenis berani mati kalau dia memang betol2 nak kat sorang2 perempuan tu. Nei adalah antara cara lain yang sangat suka digunakan oleh golongan perempuan kalau dia tak mahukan seseorang lelaki tu yang mana dia akan mengupah/meminta lelaki lain untuk mengugutnya agar tidak mengganggu atau menghantar apa2 lamaran kepadanya kelak. Cara ini bukan sahaja akan menimbulkan pergaduhan, tetapi akan menimbulkan kebencian kepada diri anda..

  • JANGAN MENJAUHKAN DIRI

Jangan menjauhkan diri daripada orang yang melamar anda kerana perbuatan itu tidak kurang daripada menghina orang yang hendak melamar anda untuk menjadi pasangan hidupnya. Andainya anda tidak mahu menerima lamaranya sekalipun, anggaplah dia sebagai seorang kawan dan jangan sekali-kali anda menjauhkan diri daripadanya.


  • BERTERUS-TERANG

Sebaiknya berterus-teranglah kepadanya bahawa anda tidak dapat menerima lamarannya. Bercakap dari hati ke hati dan jangan bercakap seperti tiada perasaan dengannya kerana dia akan terus memberikan harapanya kepada anda kerana penolakan lamaran yang dibuat bukanlah daripada hati anda

  • TERUSKAN PERSAHABATAN

Andainya anda telah menolak lamaranya, teruskan persahabatan seperti biasa dan jangan anggap dia seperti orang asing kerana dia juga ada perasaan seperti anda. Ingatlah, dia pernah menyayangi anda bila tiada orang pun yang ingin memiliki anda pada masa tersebut. Jadi, hargailah perasaan dia. Ellakan daripada menjauhkan diri daripanya…

Bagaimana anak gadis dirogol

Posted on 5th April 2012 in Nasihat
bagaimana gadis dirogol

 bagaimana gadis dirogol dengan rela

 

Ok, untuk post kali nei aku nk share ngan korang tentang bagaimana anak gadis pada mulanya menjadi sasaran dan perlahan demi perlahan dia akan dirogol oleh orang yang dia sendiri kenali. Ok, segalanya hanya mengambil masa yang paling lama pun lebih kurang 3 bulan untuk seorang lelaki tersebut merogol dan melempiaskan nafsunya kepada seorang gadis yang menjadi sasaranya.

Step 1 : Mengkaji latar belakar gadis tersebut

Untuk stage nei, lelaki tersebut akan mengkaji dan melihat latar belakang gadis tersebut seperti asal usul, pekerjaan, kawan-kawan dan kehidupanya. Dengan mengetahui latar belakang gadis tersebut, maka akan lebih mudahlah urusanya untuk mendekati gadis yang diidamkan tersebut. Pada kebiasaannya untuk mengkaji latar belakang gadis tersebut tidak akan mengambil masa lebih dari seminggu

step 2 : Mendekati gadis tersebut

Ini adalah perkara seterusnya yang akan dilakukan oleh lelaki tersebut untuk mula mendekati gadis yang ingin dijadikan mangsa. Lelaki yang akan mendekati wanita nei akan berlagak habis macho dengan harapan wanita tersebut juga akan meminati lalaki tersebut.

step 3: Mengeluarkan kata-kata cinta

Kemudian, lelaki ini akan menyatakan hasrat cinta dan memberikan janji-janji manis kepada si gadis tadi sehinggalah gadis tersebut cair dan menerima lamaran palsu lelaki tersebut. Pada kebiasaanya kata-kata yang selalu diberikan adalah

  • I sebenarnya dah lama minat kat u, sudi x u jadi kekasih i 
  • Sebenarnya i nak melamar u jadi buah hati i

So lebih kurang macam tu ar ayat dia..

Step 4 : Mula memberikan kata-kata manis

Perkara ini berlaku apabila gadis tersebut telah beranggapan bahawa lelaki yang melamarnya itu benar-benar mencintainya. Ditambah pula dengan kata-kata manis dan pujuk rayu lelaki tersebut, maka gadis yang dijadikan sasaran itu sedikit demi sedikit cair dan mula tidak ingatkan asal usul dan agama..

Kenapa lelaki tersebut selalu memberikan kata-kata manis? hal ini adalah kerana wanita terlalu mudah cair dengan kata-kata manis dan pujuk rayu terutamanya daripada lelaki…

Step 5: Berpura menguji..

Dalam stage nei, lelaki akan berpura dengan perempuan tersebut yang mana lelaki akan selalu bertanyakan soalan

u sayangkan i tak

u sanggup bekorban untuk i x?

apa yang u sanggup bekorban untuk i?

betol x da laki lain dalam hidup u?

apa yang u boleh bagi tanda pengorbanan u untuk i?

kata-kata nei la yang akan menyebabkan gadis tersebut akan menjadi risau dan takut kerana risau akan ditinggalkan jika gagal menunjukkan pengorbanannya kepada lelaki tersebut… Si lelaki yang inginkan tubuh perempuan tersebut akan terus memutar belit ayat supaya perempuan tu sendiri yang akan cakap “i akan korbankan segalanya untuk u” sehinggakan gadis tersebut menggadaikan permatanya untuk seorang lelaki yang sememangnya tidak langsung mencintainya…

Step 6: aksi ranjang

Setelah mendapat lampu hijau dari gadis tersebut, si lelaki mulalah untuk meratah setiap inci tubuh daripada perempuan tersebut. Hal ini akan membuatkan lelaki tersebut lebih mudah untuk merogol gadis tersebut secara berulang kali kerana perempuan tersebut sudah semestinya tidak sanggup kehilangan sang lelaki yang telah merobek dirinya…

Dan aksi ranjang tersebut akan terus berlangsung sehinggalah lelaki tersebut puas atau tiada halangan yang lain

Step 7: Kandungan sudah tiba

Saat yang dinanti-nanti oleh semua pasangan suami isteri.. Tiba-tiba dia muncul pada seorang gadis yang telah dirobek oleh seorang lelaki… Pada masa itu, mulalah gadis tersebut menelifon lelaki yang telah membuntingkanya

gadis : awak, saya dah mengandung

lelaki: awak mengandung anak sapa?

gadis: ( terkejut) mesti la anak awak

lelaki: tipu ar, awak dah tido dengan berapa lelaki?

gadis: x da, saya tido dengan awak saja

Lelaki: tipu……

gadis: awak kena kawin dengan saya

lelaki: dalam poket saya ada RM 2 jer, awak nak?

tergamam la si perempuan tersebut kerana lelaki tersebut sememangnya enggan berkahwin denganya atau kalau dia nak sekali pun, Harganya cumalah RM 2.00 setelah dia kandungkan anak lelaki tersebut….

Step 8: Hilang arah

Time nei lah perempuan tu akan hilang arah… nk cari mak pak takut kena marah, nak cerita kat kawan, dah malu, perut makin membuyung, nak diam, lama2 orang nampak… nak gugur, dah x da duit,Nak report polis pon, dah diri sendiri yang bagi… last2.pusat pemuliharaan la jawabnya.. and kalau dah malu sangat… >>>> naik bangunan then terjunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

wiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu pommmmmm!!!!!!!!!!!

berkecailah badan

hilanglah nyawa

jawablah segala dosa mu…

yang lelaki pula akan mencari mangsa seterusnya… hahahah>>>> ko nampos ko punya pasal, janji aku puas….

moral of story

perempuan>> jangan gadaikn permatamu even tubuhmu sekalipun kerana cinta kerana kita tidak nampak samada cinta tersebut palsu atau ikhlas… (jangan cakap besar nk kata dia bukan macam laki len, dah banyak perempuan cakap macam tu)

lelaki >> Korang buat kat anak orang, jangan ingat orang x boleh buat kat anak korang lak nanti….. ( Sebab tuhan adil kan)

 

LIKE TO SHARE

SAVE COMMUNITY

comments: 6 » tags: ,

Doa ketika kehilangan cinta

Posted on 2nd April 2012 in Percintaan
Doa ketika kehilangan cinta

Doa ketika kehilangan cinta

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Kerana engkau aku bertemu dengan dia

Kerana engkau juga aku berpisah dengan dia

Ya Allah

Aku bersyukur atas perpisahan yang telah kau berikan

Aku bersyukur atas pengajaran yang telah kau berikan

Aku bersyukur atas cinta yang telah kau pinjamkan

Ya Allah

Andainya kehadirannya hanyalah satu persinggahan

Hilangkanlah dia dari ingatan diri ini

Andai kehadiranya mengundang kemurkaanmu

Ampunkanlah dosa diri ini

Andai kehadiranya mengajarku erti sebuah kehidupan

berkatilah diri ini

Andai kehadiranya hanyalah sebagai ujian

kuatkanlah hati ini menempuhinya

Ya Allah

Andai suatu hari nanti

Hati ini berputik semula

Putikkanlah ia kepada seorang yang sentiasa menyintai dirimu

Putikkanlah ia kepada seorang yang berjalan diatas jalanmu

Putikkanlah ia kepada seorang yang sentiasa mencari hidayahmu

Agar kami sama-sama dapat menemui Nur hidayahmu

Amin

comments: 4 » tags: , ,